.:: Pengenalan Diri ::.

Thursday 19 April 2012

3 - JoM kItA BeR"BISNESS"

awal kalam, bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum pembaca budiman semua, juga khas buat Pn. Putri 

             Tanpa melalut-lalut, kita terus masuk ke tujuan utama menulis.... Masa tak mencukupi. Pepatah Arab ada mengatakan," الوقت كالسيف, ان لم تقطعه قطعك " Cepat3.. saper mau translate?? Teeetttt.. ( skema sikit ). Masa ni diibaratkan seperti pedang, sekiranya kita tak memotongnya, ia yang akan memotong kita. So, kita jangan sesekali melengah-lengahkan sesuatu. Kelas2 seterusnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan walaupun kami terpaksa ulang-alik sebab nakkan tempat yang selesa.. yalaa.. keselesaan waktu belajar kan penting.. amat-amat penting. Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat juga berkuliah di E-LEARNING.
( bangunan baru tu yang canggih2 gitu ).. 

       Kelas pertama kami dalam E-Learning. Kami diminta untuk berada di dalam kumpulan bagi membincangkan perihal TADIKA/TASKA/PUSAT ASUHAN/HOME CARE/DLL milik kami sendiri. ( fuh,,hak milik sendiri, best juga ) . Sebelum tu, kami telah diberi taklimat/kuliah berkenaan dengan jenis-jenis  TADIKA/TASKA/PUSAT ASUHAN/HOME CARE/DLL dan juga apa keperluan yang perlu ada dalam sesebuah institusi tersebut. Seperti pengurus, guru-guru, kakitangan-kakitangan lain ( cleaner, pembantu, ttukang masak dan sebagainya ). agak sukar untuk menentukan siapa pengurus dan sebagainya. So, masing2 pilih tempat yang sesuai bagi membincangkan "bisness" ni. Pn. Putri sebagai pemerhati dan pemberi nasihat..


 ( ni pic Pn. bagi lecture - comeeell -
 camera hs cikai je, babtu kabut cikit )

          Sepanjang perbincangan diadakan, Ya Allah, gamatnya dewan kuliah dengan suara-suara latar darikumpulan-kumpulan lain yang memohon untuk diberikan pekerjaan di tempat kami. Belom keluar poster dah ramai nak kerja. Nampak gayanya, majulah nanti kan.. ALHAMDULILLAH.. Walaupun kadang-kadang, kami kelihatan " xberapa matang " ( pembuat bising, kecoh, pengkhianat )  tapi kerja???? InsyaAllah mesti siap dalam tempoh yang diberikan.. Almaklumlah, Pendidikan Awal "KANAK-KANAK" katakan. So, perangai "Kanak-Kanak " tu meresap dalam diri kami ( bukan ana, tapi sahabat-sahabat, sebab ana ni dah matang -ececececece )

( sayupnya group-group lain - almaklumlah, bilik kuliah mewah katakan )


                             ( khusyuknya  masing-masing, bincang ke sembang? )
(tunjuk apa tu ? berlakon erk ??)



oowwwhhhh.. seriusnya s/u ni.... tulis2 cantik2 ya !!


ni lah hasilnya "bisness" kami..

              Alhamdulillah, dalam masa yang diberikan, kami dapat menyiapkan rangka "bisness" kami. cuma kami tak berkesempatan untuk menyiapkan senarai-senarai tugas yang perlu dilakukan oleh setiap orang. Kuliah ditangguhkan pada hari tersebut kerana kami terpaksa berkejar-kejaran ke kuliah seterusnya yang jaraknya 1 hari "baby berjalan" . (^-^)

                Sebelum jari berhenti menaip, ana cuba untuk kongsikan sedikit info berkaitan dengan ciri-ciri Pengusaha tadika. bukan senang untuk membuka premis sendiri. Buka mata, Tutup telinga. Antara aspek yang penting adalah ciri-ciri kepimpinan perlu ada. Macamana nak memimpin kalau diri sendiri tak terpimpin?? Selain itu, Berpengetahuan, Cekap, Terancang, Mempercayai, Menghormati, Komunikasi dua hala dan memberi galakan dan sokongan amat penting. Sekiranya semua aspek tersebut wujud dalam diri, InsyaAllah, kita akan menjadi seorang Pengusaha/pengurus, kawan yang baik, premis kita pun InsyaAllah maju sehingga seantero dunia. Amin. Sama-samalah kita memupuk sikap/ sifat tersebut. Kita juga akan di sayangi oleh insan sekeliling kita. Apa yang penting .. Niat utama kita adalah Ikhlas kerana Allah. Tiada perasaan hasad dengki dan seumpamanya.

 KERJA BERKAT,PASTI DIBALAS 

Wallahua'lam bissawab.....


~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

Wednesday 11 April 2012

2 - Segalanya Bermula Disini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

    Hatiku mengeluh ( xelok mengeluh ) ,," penatnya jadi pelajar.. kan best kalau dah kerja.hrmmmmm " Masuk sem ni, dah enam semester ana bersama sahabat-sahabat seperjuangan bertarung dalam medan perjuangan ilmu. Terasa cepatnya masa berlalu. Tapi perangaunya tetap sama. Masuk sahaja semester baru, Ooh, azam baru, tapi jalan nya?? Hanya Hati yang mengetahuinya... Alhamdulillah... Cuma bab2 tugasan. Awal-awal masuk UPSI lagi, sememangnya suka menangguhkan kerja hinggakan tabiat buruk terbawa-bawa sampai ke semester 6 ni. Ya Allah, sedarlah HambaMu ini.. ( moga perangai ni tak terbawa-bawa ke alam pekerjaan nanti )

     Masuk minggu ke 4, ahhhhh.. Tugasan2 dah mula melambai-lambai untuk disiapkan. Majoritinya memerlukan persiapan dan dijalankan di TADIKA-TADIKA. Walaupun UPSI menyediakan TADIKA dan TASKA nya sendiri, tetapi kami bukan sewenang2nya dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti di situ. Segala surat menyurat mesti disediakan untuk meminta kebenaran dari pihak atasan. Kadang-kadang, susah juga nak membuat urusan dengan ORANG BESAR ni.. Pelbagai kerenah yang kita dapat lihat. 

    Nasib kami baik, apabila salah seorang dari sahabat kami menawarkan diri untuk berurusan dengan pihak TADIKA. Walaupun mendapat sedikit teguran ( I'allah membina ), tapi kami tetap kuatkan semangat untuk memperjuangkan hak kami untuk melakukan aktiviti di TADIKA. Seminggu menunggu keputusan, akhirnya kami diterima. ( TERIMA KASIH SAHABAT> JASAMU AKAN KAMI KENANG ) Walaupun masa yang diberikan adalah waktu TRANSIT ( petang sebelum kanak-kanak pulang ), tetapi kami menerimanya dengan hati terbuka. 

    Kami bersedia untuk menerima apa-apa teguran dan nasihat untuk dijadikan motivasi dalam membina jati diri kami.


~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

Tuesday 10 April 2012

1 - Pengurusan program Pendidikan Awal Kanak-kanak ( KAA3043 )

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh n salam sejahtera 

    Sebelum jari jemari rancak menari-nari diatas keyboard lappy kesayangan ini, Shuhada memohon beribu kemaafan terutamanya kepada pensyarah KAA3034 Pn.Putri Afzan Maria diatas kelekaan Shuhada dalam menulis refleksi untuk subjek ni. ini kerana pada perancangan awalnya, Shuhada hanya mahu menulisnya di dalam buku, tetapi setelah berfikir beberapa kali, terdetik di hati.. "hrmm, baik tulis dalam blog, sebab nanti boleh kongsi dengan sahabat2, kalau buat dalam buku, hanya boleh dikongsikan dengan pensyarah dan diri sendiri sahaja". Sebab sebenarnya Puan memberikan kami tiga pilihan dalam menulis refleksi ni iaitu berbentuk BLOG, BUKU dan PRINTED (scrap book). Alhamdulillah, moga sahabat2 dapat membantu shuhada dalam penulisan ini. 

    Dalam mata pelajaran ini, kami diberikan dua tugasan iaitu satu tugasan berbentuk kumpulan dan satu tugasan berbentuk perseorangan iaitu penulisan refleksi. Kami memulakan kelas KAA3034 ini pada minggu ke-tiga dalam semester 6. Ini kerana, Puan adalah merupakan pensyarah baru yang baru sahaja pulang dari oversea ( masih panas lagi :) ) . Banyak benda yang mesti Puan selesaikan dan dugaan yang mendatang dengan suasana baru di Malaysia ( kesian Puan - Kami sentiasa mendoakan Puan ) . 


    Minggu pertama pembelajaran, kami diberikan serba sedikit tentang pengenalan kursus ini serta tugasan yang perlu kami siapkan. Kami begitu bersemangat untuk belajar dan meneruskan semester ni.. Kenapa??? Kerana semester ini boleh dikatakan merupakan semester terakhir untuk kami bersama. 



  Disini, Shuhada kongsikan serba sedikit tentang sinopsis kursus ini :  


Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada  pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Antara lain , objektif kursus ini dibuat bukan untuk belajar semata-mata, malah matlamatnya sangat tinggi. Semoga kami dapat mencapainya dengan cemerlang,Rohani dan Jasmani..

Pada akhir kursus  ini pelajar-pelajar akan  dapat :



1.        Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, P3)

2.        Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan. (P4,A4)

3.        Menghasilkan serta melaksanakan ide-ide yang proaktif, inovatif dan kreatif  memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, A4)

4.        Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. (EM2, LS2)


     

~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

Tuesday 3 April 2012

Mukaddimah Kitabah

Bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

tiada lagi kata pujangga,
tiada lagi madah bicara
tiada lagi titipan cinta
hanya ada satu coretan kata
yang bakal saya nukilkan dalam "ILMU ITU CAHAYA "
sebagai tatapan, renungan, kenangan bersama 
khusus buat pensyarah tercinta 

Puan Afzan Maria

cantik jelita orangnya
lemah lembut tuturnya
ramah mesra sifatnya
membuatkan pelajar tak silu bertanya
melayan kami dengan penuh rela
membantu kami dari segala rupa

syukur ke hadrat Illahi
dikurniakan puan yang amat dikasihi
oleh semua orang disini
semoga "Ilmu itu Cahaya"
dapat membantu saya

dalam "Reflectif Writing" yang Puan minta...
untuk kursus "Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak"


ini merupakan coretan pertama saya disini..
mulakan hidup dengan beristighfar
moga dipermudahkan segala urusan
amin. 


~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~