awal kalam, bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum pembaca budiman semua, juga khas buat Pn. Putri
Tanpa melalut-lalut, kita terus masuk ke tujuan utama menulis.... Masa tak mencukupi. Pepatah Arab ada mengatakan," الوقت كالسيف, ان لم تقطعه قطعك " Cepat3.. saper mau translate?? Teeetttt.. ( skema sikit ). Masa ni diibaratkan seperti pedang, sekiranya kita tak memotongnya, ia yang akan memotong kita. So, kita jangan sesekali melengah-lengahkan sesuatu. Kelas2 seterusnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan walaupun kami terpaksa ulang-alik sebab nakkan tempat yang selesa.. yalaa.. keselesaan waktu belajar kan penting.. amat-amat penting. Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat juga berkuliah di E-LEARNING.
( bangunan baru tu yang canggih2 gitu )..
Kelas pertama kami dalam E-Learning. Kami diminta untuk berada di dalam kumpulan bagi membincangkan perihal TADIKA/TASKA/PUSAT ASUHAN/HOME CARE/DLL milik kami sendiri. ( fuh,,hak milik sendiri, best juga ) . Sebelum tu, kami telah diberi taklimat/kuliah berkenaan dengan jenis-jenis TADIKA/TASKA/PUSAT ASUHAN/HOME CARE/DLL dan juga apa keperluan yang perlu ada dalam sesebuah institusi tersebut. Seperti pengurus, guru-guru, kakitangan-kakitangan lain ( cleaner, pembantu, ttukang masak dan sebagainya ). agak sukar untuk menentukan siapa pengurus dan sebagainya. So, masing2 pilih tempat yang sesuai bagi membincangkan "bisness" ni. Pn. Putri sebagai pemerhati dan pemberi nasihat..
( ni pic Pn. bagi lecture - comeeell -
camera hs cikai je, babtu kabut cikit )
( sayupnya group-group lain - almaklumlah, bilik kuliah mewah katakan )
(tunjuk apa tu ? berlakon erk ??)
oowwwhhhh.. seriusnya s/u ni.... tulis2 cantik2 ya !!
ni lah hasilnya "bisness" kami..
Alhamdulillah, dalam masa yang diberikan, kami dapat menyiapkan rangka "bisness" kami. cuma kami tak berkesempatan untuk menyiapkan senarai-senarai tugas yang perlu dilakukan oleh setiap orang. Kuliah ditangguhkan pada hari tersebut kerana kami terpaksa berkejar-kejaran ke kuliah seterusnya yang jaraknya 1 hari "baby berjalan" . (^-^)
Sebelum jari berhenti menaip, ana cuba untuk kongsikan sedikit info berkaitan dengan ciri-ciri Pengusaha tadika. bukan senang untuk membuka premis sendiri. Buka mata, Tutup telinga. Antara aspek yang penting adalah ciri-ciri kepimpinan perlu ada. Macamana nak memimpin kalau diri sendiri tak terpimpin?? Selain itu, Berpengetahuan, Cekap, Terancang, Mempercayai, Menghormati, Komunikasi dua hala dan memberi galakan dan sokongan amat penting. Sekiranya semua aspek tersebut wujud dalam diri, InsyaAllah, kita akan menjadi seorang Pengusaha/pengurus, kawan yang baik, premis kita pun InsyaAllah maju sehingga seantero dunia. Amin. Sama-samalah kita memupuk sikap/ sifat tersebut. Kita juga akan di sayangi oleh insan sekeliling kita. Apa yang penting .. Niat utama kita adalah Ikhlas kerana Allah. Tiada perasaan hasad dengki dan seumpamanya.
KERJA BERKAT,PASTI DIBALAS
Wallahua'lam bissawab.....