.:: Pengenalan Diri ::.

Wednesday, 11 April 2012

2 - Segalanya Bermula Disini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

    Hatiku mengeluh ( xelok mengeluh ) ,," penatnya jadi pelajar.. kan best kalau dah kerja.hrmmmmm " Masuk sem ni, dah enam semester ana bersama sahabat-sahabat seperjuangan bertarung dalam medan perjuangan ilmu. Terasa cepatnya masa berlalu. Tapi perangaunya tetap sama. Masuk sahaja semester baru, Ooh, azam baru, tapi jalan nya?? Hanya Hati yang mengetahuinya... Alhamdulillah... Cuma bab2 tugasan. Awal-awal masuk UPSI lagi, sememangnya suka menangguhkan kerja hinggakan tabiat buruk terbawa-bawa sampai ke semester 6 ni. Ya Allah, sedarlah HambaMu ini.. ( moga perangai ni tak terbawa-bawa ke alam pekerjaan nanti )

     Masuk minggu ke 4, ahhhhh.. Tugasan2 dah mula melambai-lambai untuk disiapkan. Majoritinya memerlukan persiapan dan dijalankan di TADIKA-TADIKA. Walaupun UPSI menyediakan TADIKA dan TASKA nya sendiri, tetapi kami bukan sewenang2nya dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti di situ. Segala surat menyurat mesti disediakan untuk meminta kebenaran dari pihak atasan. Kadang-kadang, susah juga nak membuat urusan dengan ORANG BESAR ni.. Pelbagai kerenah yang kita dapat lihat. 

    Nasib kami baik, apabila salah seorang dari sahabat kami menawarkan diri untuk berurusan dengan pihak TADIKA. Walaupun mendapat sedikit teguran ( I'allah membina ), tapi kami tetap kuatkan semangat untuk memperjuangkan hak kami untuk melakukan aktiviti di TADIKA. Seminggu menunggu keputusan, akhirnya kami diterima. ( TERIMA KASIH SAHABAT> JASAMU AKAN KAMI KENANG ) Walaupun masa yang diberikan adalah waktu TRANSIT ( petang sebelum kanak-kanak pulang ), tetapi kami menerimanya dengan hati terbuka. 

    Kami bersedia untuk menerima apa-apa teguran dan nasihat untuk dijadikan motivasi dalam membina jati diri kami.


~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

No comments: