Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh n salam sejahtera
Sebelum jari jemari rancak menari-nari diatas keyboard lappy kesayangan ini, Shuhada memohon beribu kemaafan terutamanya kepada pensyarah KAA3034 Pn.Putri Afzan Maria diatas kelekaan Shuhada dalam menulis refleksi untuk subjek ni. ini kerana pada perancangan awalnya, Shuhada hanya mahu menulisnya di dalam buku, tetapi setelah berfikir beberapa kali, terdetik di hati.. "hrmm, baik tulis dalam blog, sebab nanti boleh kongsi dengan sahabat2, kalau buat dalam buku, hanya boleh dikongsikan dengan pensyarah dan diri sendiri sahaja". Sebab sebenarnya Puan memberikan kami tiga pilihan dalam menulis refleksi ni iaitu berbentuk BLOG, BUKU dan PRINTED (scrap book). Alhamdulillah, moga sahabat2 dapat membantu shuhada dalam penulisan ini.
Dalam mata pelajaran ini, kami diberikan dua tugasan iaitu satu tugasan berbentuk kumpulan dan satu tugasan berbentuk perseorangan iaitu penulisan refleksi. Kami memulakan kelas KAA3034 ini pada minggu ke-tiga dalam semester 6. Ini kerana, Puan adalah merupakan pensyarah baru yang baru sahaja pulang dari oversea ( masih panas lagi :) ) . Banyak benda yang mesti Puan selesaikan dan dugaan yang mendatang dengan suasana baru di Malaysia ( kesian Puan - Kami sentiasa mendoakan Puan ) .
Minggu pertama pembelajaran, kami diberikan serba sedikit tentang pengenalan kursus ini serta tugasan yang perlu kami siapkan. Kami begitu bersemangat untuk belajar dan meneruskan semester ni.. Kenapa??? Kerana semester ini boleh dikatakan merupakan semester terakhir untuk kami bersama.
Disini, Shuhada kongsikan serba sedikit tentang sinopsis kursus ini :
Minggu pertama pembelajaran, kami diberikan serba sedikit tentang pengenalan kursus ini serta tugasan yang perlu kami siapkan. Kami begitu bersemangat untuk belajar dan meneruskan semester ni.. Kenapa??? Kerana semester ini boleh dikatakan merupakan semester terakhir untuk kami bersama.
Disini, Shuhada kongsikan serba sedikit tentang sinopsis kursus ini :
Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Antara lain , objektif kursus ini dibuat bukan untuk belajar semata-mata, malah matlamatnya sangat tinggi. Semoga kami dapat mencapainya dengan cemerlang,Rohani dan Jasmani.. Pada akhir kursus ini pelajar-pelajar akan dapat : 1. Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, P3) 2. Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan. (P4,A4) 3. Menghasilkan serta melaksanakan ide-ide yang proaktif, inovatif dan kreatif memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, A4) 4. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. (EM2, LS2) |
No comments:
Post a Comment