.:: Pengenalan Diri ::.

Friday, 18 May 2012

10 - Perbezaan Perkembangan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

tersentuh n tertarik hati membacakan perkongsian seorang ibu dalam blognya tentang perbezaan antara anak lelaki vs anak perempuannya sendiri... 
Ya Allah, bertuah rasanya dapat anak sebegitu 
dan 
menjadi ibu kepada anak-anak yang menjadi hafiz dan hafizah.. 
Ana ada kongsikan sedikit tentang anak-anak beliau... 

DarwishnDarwisya (click link utk ke blog beliau)


  Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran. 


Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwish mungkin agak kebelakang sedikit. Ini kerana beberapa faktor yang saya rasa sinonim dengan kanak-kanak lelaki :



1) Lebih bermain

2) Buas

3) Tidak fokus
4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)

   Itu belum dicampur faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Darwish masih tidak boleh bercakap dengan sempurna. Contoh lorry disebut oo-ii dan robot disebut oo-bot. Itu bukan lagi perkataan lain yang boleh disebut tapi tidak jelas. Setiap hari saya melatihnya untuk menyebut dua perkataan ini tapi belum lagi berjaya nampaknya. Pentingnya menyebut lorry dan robot kerana jika berjaya, dia akan boleh menyebut perkataan 'Bismillahirrahmanirahim' dengan sempurna. Harapan saya tinggi supaya dia boleh menyebutnya sebelum dia memulakan hafazan secara serius seperti Kak Wisyanya. Namun, saya pasrah jika ianya tidak berlaku secepat seperti yang saya harapkan.

   Apapun saya rasa ia adalah biasa untuk kanak-kanak tidak boleh menyebut perkataan tersebut dan ianya tidaklah sesuatu yang kekal hingga mereka dewasa. Satu hari dia akan boleh menyebutnya dan pada hari tersebut alquran akan disebut dari mulutnya dengan sempurna. Ia bukanlah penyebab untuk saya melengahkan langkah seterusnya (hafazan) jika dia sudah menghabiskan buku al furqannya nanti. Buat ketika ini pun dia sudah berjinak jinak untuk menghafal. Dibawah adalah bacaan Surah Al Fatihah, Surah An Nas dan sebahagian dari Surah Yassin dari anak lelaki saya yang berumur 2 tahun 7 bulan. Sekadar untuk berkongsi dengan para pembaca akan percakapannya yang belum jelas yang akan memberi kesan kepada kesempurnaan bacaan hafazannya tetapi yang ingin saya tekankan kepada para pembaca adalah walupun begitu, susunan dari satu ayat ke ayat yang lain sudah dalam keadaan teratur dan sempurna


~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

No comments: