.:: Pengenalan Diri ::.

Thursday, 17 May 2012

7 - Pemasaran Bermula

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Seperti biasa, permulaan kitabah dengan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

        Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar bumi Allah ini. Juga syukur kerana masih diberi ruang untuk kami sama-sama meneruskan sesi perniagaan / pembelajaran dalam kursus pengurusan ini. Alhamdulillah.
       
       Entry sebelum ini ada menyentuh dan menceritakan serba sedikit tentang pelan binaan "Apple Intellegent Center" . Bertuah rasanya diri ini dianugerahkan sahabat-sahabat sekumpulan yang memahami dan sangat sporting dalam pembuatan premis ini. Orang kata, xlengkap sekiranya kita hanya memberitahu seseorang tentang sesuatu, tetapi hanya dengan menunjukkan pelan bangunan sahaja tanpa meng'war-war'kan kepada media massa dan sebagainya. Tak kenal maka tak cinta kan!!!!. Maka, pada entry kali ini, ana dengan bangganya ingin berkongsikan sedikit tentang strategi-strategi pemasaran yang telah kumpulan kami gunakan dalam meluaskan empayar perniagaan kami ke seantero dunia. Kami telah menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan Pamplet, Brosur, Banner, Flyers, Poster dan yang paling famous adalah Laman Web iaitu laman sesawang Facebook.  Cuba anda fikir sejenak, kenapa kami memilih lama sesawang facebook bukannya friendster, myspace, tagged dan seangkatan dengannya??. Fikir, fikir dan fikir... Ini kerana, majoriti rakyat malaysia memiliki laman sesawang facebook. Kanak-kanak pun sudah memiliki facebook. Nak berniaga pun dah menggunakan kaedah online dengan facebook.   Share maklumat pun dalam facebook. Belajar pun dengan facebook. Nak chit-chat pun dengan facebook. Nak berhubung dengan orang "luar" pun dengan facebook. :). Jarang sangat9999 kita dengar seseorang itu tidak memiliki akaun facebook. Jadi, kami tidak melepaskan peluang yang terbuka luas ini untuk terus menggunakan akaun facebook supaya masyarakat lebih senang untuk merujuk, bertanyakan tentang "Apple Intellegent Centre ini".

       Antara item yang kami tekankan di dalam pelan-pelan pengiklanan kami adalah berkaitan dengan nama pusat kecemerlangan kami, alamat tempat lokasi, nombor telefon untuk memudahkan orang awam menghubungi, email, web sites juga terdapat peta Apple Intellegent Centre", Visi dan misi juga dimuatkan bertujuan untuk lebih meyakinkan masyarakat untuk menghantar anak mereka ke "Apple Intellegent Centre". Ianya berwarna-warni bertujuan untuk menarik perhatian umum. Dalam pelan pengiklanan ini juga, kami menawarkan promosi dan perkhidmatan yang berpatutan dengan menggunakan makumat-maklumat yang mudah difahami oleh semua masyarakat. 

       Sebenarnya, dalam pembuatan poster ni, terlebih dahulu, madam telah memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada kami tentang poster-poster untuk dijadikan contoh. Antaranya adalah { Raha International School }, { Mumbai, India }, { NewPath Learning },
Childhood and Inclusive Education }, dan banyak lagi ( just click untuk tengok lebih lanjut yer )... Pilih punya pilih, tengok punya tengok, teliti punya teliti, lastly, keluarlah hasilnya untuk poster bagi "Apple Intellegent Centre". Ana berharap agar poster ini dapat membantu sahabat-sahabat dan masyarakat dalam mengenali serba sedikit tentang "Apple Intellegent Centre". InsyaAllah, perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan semua tidak kira peringkat umur dan latar belakang kehidupan.


** ni merupakan 1 contoh poster yang telah kami hasilkan.. cantik x?? model tu adalah salah seorang daripada ahi group kami sendiri.. :) ** 



~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

No comments: