.:: Pengenalan Diri ::.

Friday 18 May 2012

9 - Nutrisi vS kesihatan Kanak-kanak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
__Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh__

         Alhamdulillah. entry kali ni mungkin boleh melaparkan kita semua. Sebut je makan, fuh, kecut perut lapooooorrr..... Seronok tengok makanan-makanan yang pelbagai warna, bentuk, warna dan sebagainya.Ia boleh menaikkan selera seseorang. tetapi dunia teknologi sekarang menyebabkan kanak-kanak mengurangkan pemakanan berkhasiat untuk diri mereka. Ini kerana mereka lebih suka untuk meluangkan masa dengan menonton telivision, main play station dan sebagainya. So, ibubapa mestilah pandai dalam menarik minat anak-anak untuk makan dengan secukupnya supaya anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera terhindar dari pelbagai masalah penyakit. Disini ana kongskan serba sedikit tentang cara-cara untuk menarik minat anak-anak terhadap pemakanan.

Kreatif hidang makanan tarik selera si kecil

*kanak-kanak perlu diajar mengambil makanan sihat dan ibu bapa juga wajar memujuk anak mengambil menu sihat demi kelangsungan tumbesaran serta kesihatan anak. 

“Kadang kala anak tidak akan menjamah makanan yang disediakan ibu bapa kerana mereka mempunyai cita rasa sendiri sedangkan mereka perlu mengambil makanan sihat untuk tenaga dan juga proses pembesaran. 


*Ibu bapa juga mungkin lebih senang menyediakan menu berdasarkan cita rasa mereka menyebabkan berlaku percanggahan pendapat dengan anak. Perlu ada penyelesaian dengan tolak ansur terutama membabitkan makanan sihat

*Kanak-kanak akan menolak makanan yang mereka tidak gemari, jadi penyelesaian yang dicadangkan adalah membuat perjanjian dengan anak supaya mereka perlu mengambil sayur sekurang-kurang sedikit setiap kali makan. 

*Penyediaan makanan di dalam bento (kotak makanan) mungkin boleh membantu ibu bapa memujuk anak mereka menikmati makanan disediakan di rumah. Resipi menggunakan bahan seperti minyak masak Naturel menjadikan makanan kekal enak walaupun disimpan di dalam peti dingin beku

*menyediakan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik - menghias makanan

Kanak-kanak perlu makan ikut piramid pemakanan 

Ibu bapa sering menganggap kanak-kanak hanya perlu mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit memandangkan saiz dan usia mereka yang masih muda walaupun hakikatnya kanak-kanak juga mengambil makanan yang hampir menyamai pemakanan orang dewasa. 

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata kunci pemakanan yang betul adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang, sederhana dan pelbagai selain penting mengikut piramid yang disarankan kementerian kesihatan walaupun untuk kanak-kanak. 

“Cara terbaik memperkasakan anak adalah melalui pemakanan kerana makanan adalah nutrisi penting yang membekalkan tenaga untuk anak sepanjang hari. 

“Ibu bapa perlu tahu anak mereka juga mengambil jumlah makanan yang hampir menyamai mereka kerana kanak-kanak memerlukan tenaga untuk membesar dengan sempurna. Makanan yang mereka ambil memberi kalori, protein, kalsium dan semua vitamin yang diperlukan,” katanya. 

Katanya, pemakanan yang baik akan menjadi asas penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, mereka perlu makanan yang cukup untuk kekal sihat dan cara terbaik membekalkan anak dengan pemakanan sihat adalah mengikut piramid pemakanan. 

“Kanak-kanak wajar digalakkan mengambil pemakan yang pelbagai berdasarkan warna makanan seperti oren, merah, hijau dan putih yang mana setiap warna menyumbang kepada vitamin tertentu yang diperlukan badan. 

“Kentang umpamanya, kita lazim membayangkan kentang adalah kentang goreng yang dianggap makanan ringan, sedangkan kita boleh menyediakan kentang dengan menu sihat seperti memanggang atau menyediakannya dalam bentuk makanan lain seperti pegedil,” katanya. 

Beliau berkata, cara lain untuk mendidik anak menikmati hidup sihat dengan pengambilan makanan yang juga membina sahsiah diri ialah sentiasa menyediakan buah-buahan yang sudah siap dipotong sebagai snek harian. 

“Sentiasa sediakan buah-buahan yang sudah siap dikupas dan dipotong di rumah. Jadikan ia sebagai snek ringan di rumah. Sayuran seperti timun juga boleh dijadikan snek dengan cara memotongnya kepada saiz kecil sesuai dengan selera anak. 

“Ibu bapa mendorong anak mereka mengambil buah atau sayur secara tidak langsung dan lama kelamaan mereka pasti menggemari snek sihat disediakan. Ibu bapa juga tidak digalakkan menjadikan makanan sebagai pemangkin untuk anak berkelakuan baik,” katanya. 

Indra juga menasihatkan ibu bapa supaya memberi kebebasan kepada anak membuat pilihan mengenai makanan yang mereka suka dengan membawa mereka ke kedai memilih sayur, buahan dan makanan sihat lain. 

“Perkasakan mereka untuk membuat pilihan dengan membiarkan mereka melihat dan memilih serta mengambil sayuran yang disukai. Galakkan mereka membuat keputusan dan terangkan kenapa mereka boleh atau tidak mengambil makanan berkenaan supaya mereka berasa teruja untuk makan,” katanya. 

INFO:


  • Elakkan anak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku. 


  • Sentiasa sediakan buah di rumah sebagai snek ringan untuk menggalakkan anak mengambil makanan sihat. 

  • Beras perang baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi bahan antioksida yang diperlukan oleh badan. 


  • Beras perang juga tinggi serat yang boleh mengelakkan kanak-kanak terkena serangan jantung. 

  • Jangan jadikan makanan ringan atau makanan segera sebagai pemangkin untuk anak melakukan sesuatu. 


  • Cara terbaik menyediakan makanan untuk anak adalah dengan mengikut piramid makanan Malaysia. 








  • Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
    Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak.Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberianmakanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
    Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
    • • Menjejaskan kecerdasan otak
    • • Mengganggu pertumbuhan fizikal
    • • Mengganggu perkembangan kanak-kanak
    • • Mudah dijangkiti penyakit
    Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
    • • Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
    • • Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
    • • Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.
    • • Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.
    Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
    Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:
    Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
    Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
    Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
    • • Terlalu banyak bermain
    • • Tiada kawan
    • • Masalah kesihatan
    • • Masalah gigi rosak
    • • Jenis makanan dan cara masakan yang sama.
    Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
    • • Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
    • • Makan bersama-sama rakan sebaya.
    • • Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
    • • Elakkan dari memarahi anak semasa makan.
    Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.



    ~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

    No comments: