.:: Pengenalan Diri ::.

Thursday 17 May 2012

8 - Kanak-kanak vs belajar


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
..__ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH__..

     Entry kali ni, ana hanya ingin kongsikan serba sedikit tentang kanak-kanak dan dunia belajar. Boleh dikatakan, semua pembaca ( ada yang nak baca blog ana ke? ) dah biasa tengok, duduk bersama dengan kanak-kanak ni. Dunia kanak-kanak amat berbeza dengan dunia orang dewasa dan remaja. Dalam pemerhatian ana sendiri ( almaklumlah, anak saudara ramai, so, anak saudaralah yang menjadi bahan pemerhatian ana ), kanak-kanak ni suka sangat bermain. Dalam sehari, sekiranya mereka tidak bermain, Ya Allah, boleh demam jadinya. 24 jam bermain, mereka tak pernah letih. Apa benda antibody dalam badan mereka pun kita tak tahu. Dunia "main" sebati dalam diri mereka.

      Learning through play ( belajar sambil bermain ). Sebenarnya, kanak-kanak ni, walaupun mereka bermain, tetapi sebenarnya mereka sedang belajar sesuatu tentang persekitaran mereka. Samada mereka belajar meneroka sesuatu yang baru ataupun mereka sedang belajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seperti yang kita maklum, kanak-kanak tidak boleh duduk diam. Walhal dalam keadaan belajar sekalipun, mereka hanya boleh bertahan dalam 10-15 minit sahaja. Selepas itu, mereka akan mula untuk merayau / mengganggu kawan-kawan / membuat hal masing-masing. Oleh sebab itulah, dunia sekarang telah menggunakan keistimewaan kanak-kanak ini dalam mengajar mereka sesuatu yang baru dengan pelbagai kaedah. Secara mata kasarnya, memang nampak mereka bermain, tetapi, disebalik bermain itu, terselit pelajaran yang mereka boleh pelajari. Dengan hal ini, kanak-kanak akan lebih seronok untuk menimba ilmu. Mereka tidak akan berasa bosan dengan aktiviti yang dilakukan.

        Di Pra sekolah, tadika dan taska, pendekatan belajar sambil bermain memang dititiberatkan. Tetapi, ada sesetengah ibubapa yang "kurang" kefahaman mereka tentang makna sebenar learning through play ini, mereka akan memarahi dan merungut kepada guru-guru apabila anak-anak mereka asyik bermain sahaja. mereka hanya mahukan anak mereka "terror" dalam membaca, menulis, mengira dan menakul ( 4M ). Walhal, mereka tidak sedar bahawa, pada peringkat tadika, tujuan utama bukanlah untuk mengajar anak-anak tentang 4M tersebut, tetapi hanya sebagai persediaan kanak-kanak dalam menghadapi kehidupan sebenar disekolah apabila mereka berada dalam darjah satu. Anak-anak tidak boleh diberi tekanan dalam proses pembelajaran kerana mereka cepat bosan.

       Cepat bosan.... Satu perkataan yang membuatkn guru akan berasa tertekan. kanak-kanak yang cepat bosan ini akan sentisa menunjukkan sikap yang tidak sukakan sesuatu aktiviti yang tidak mencabar mereka. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, guru mestilah bijak dalam menyusun strategi bagi menarik minat kanak-kanak. Contohnya mempelbagaikan aktiviti bermain. dalam sesuatu aktiviti, mestilah melibatkan semua kanak-kanak supaya mereka tidak akan berasa tersisih dan dipinggirkan. Kerana kanak-kanak ini merupakan individu yang sensitif. Contoh aktiviti lain adalah main peranan - lakonan olok-olok tentang cita-cita mereka. Disini, kanak-kanak bebas untuk memilih pekerjaan yang mereka sukai dan melakonkan setiap tugas pekerjaan tersebut seperti menjadi guru, polis, bomba, askar, doktor dan sebagainya. disini, ia akan membolehkan kanak-kanak lebih terbuka mindanya serta meningkatkan kemhiran motor kasar kanak-kanak. Keyakinan diri kanak-kanak juga dapat dicungkil.

        Selain itu, dalam dunia ini, bukan hanya kanak-kanak normal yang wujud. Ada juga kanak-kanak yang tidak bernasib baik dilahirkan seperti sindrom, autisme, disleksia, hyperaktif ( kadang-kadang boleh membuatkan guru demam dan menangis ) dan sebagainya. dengan hal ini, guru mestilah bijak dalam menjadikan kanak-kanak ini tinggi "self esteem" mereka. Kebiasaanya, kanak-kanak sebegini, mereka lebih berasa rendah diri berbanding kanak-kanak yang normal. Ana berpengalaman dalam bersama-sama seorang kanak-kanak sindrom tunner. memang pada permulaan pengajaran, memang ana berasa putus asa, tetaapi Alhamdulillah, pelbagai aktiviti kami lakukan dan beliau menunjukkan peningkatan yang memuasakan. dalam mengajarnya, kami menggunakan bahan maujud yang selalu digunakan oleh kanak-kanak. Nampak jelas disitu, beliau lebih gembira daripada menggunakan pensil dan kertas sahaja. 

        Oleh itu, terimalah anak-anak kita seadanya. Pelbagaikanlah aktiviti untuk mereka. Jangan jadikan mereka daalam kehidupan yang keterpaksaan. Ubahlah pemikiran kita kearah yang lebih maju sejajar dengan kemajuan negara. Tetapi, jangan sesekali agama diabaikan. Anak-anak adalah pewaris dan penegakkan bangsa akan datang. 





~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

No comments: