.:: Pengenalan Diri ::.

Tuesday 15 May 2012

4 - Jalan - jalan bukan sebarang jalan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Awal kalam, ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera 

       26 Mac merupakan tarikh pertama pemergian kami dalam pencarian TADIKA untuk menjalankan satu pemerhatian serta peng'interview'an terhadap pengurus TADIKA. Sebelum hari kejadian, nasib baik GOOGLE ada kerana ia yang banyak membantu kami dalam pencarian TADIKA untuk kami jalankan aktiviti. Ana sebagai wakil sahabat-sahabat sekumpulan untuk menalifon pengurus-pengurus tadika bagi membuat temujanji untuk kami ke sana. Banyak sebenarnya tadika yang telah ana talifon, cuma nasib tidak menyebelahi kami kerana kebanyakan daripada tadika itu sedang menjalankan aktiviti lain dan kami tidak boleh mengganggu mereka dalam masa yang terdekat. Tapi orang kata, rezeki masing-masing tiada siapa yang tahu, kecuali berusaha kan.. So, ana dan sahabat tidak berputus asa, kami tetap meng"GOOGLE"kan diri, sehinggalah kami menjumpai sebuah tadika yang bernama tadika "NUR GEMILANG", CAHAYA GEMILANG, dan tadika CERDIK TERBILANG. Hasil percakapan menggunakan talifon, kami diterima untuk ke sana. Walaupun jaraknya agak jauh dari tempat kami, tapi kami amat berpuas hati dengan hasil yang kami dapat. Ketiga-tiga tadika ini terletak di Bukit Beruntung, Rawang. Tak la jauh sangat kan. hehehehehehe

       Di sana, kami melihat pengurusan yang dilakukan oleh pengurus tadika itu sendiri. Sungguh unik dan teratur sekali. Walaupun ketiga-tiga pengurus ini merupakan seorang yang beragama Islam, tetapi mereka pandai untuk menjaga tatasusila segala apa benda yang terdapat di Tadika mereka. ramai orang kata, kaum melayu tak pandai untuk menguruskan sesuatu dengan sistematik berbanding dengan kaum lain. Tapi, ini lain pula jadinya. 


     Banyak yang kami dapat hasil daripada perbualan dan perbincangan bersama dengan pengurus tadika tersebut. Ana pernah bertanyakan seorang dari pengurus salah sebuah tadika, kenapa beliau tidak membuka cawangan-cawangan tadikanya di kawasan/daerah lain ?  Menurutnya, beliau hanya mahukan yang terbaik untuk premisnya.. Kenapa?? Padanya, sekiranya beliau membuka premis di cawangan lain, bagaimana beliau ingin menguruskan?? Beliau hanya mempunyai satu badan sahaja.. Beliau tidak mampu untuk berulang alik ke-sana ke-mari yang hanya membuang masa sahaja. Beliau juga bercerita kepada kami. Seorang pengurus cina baru membuka cawangan tadikanya berdekatan dengan tadika ini. Tetapi tidak bertahan kerana beliau tidak sempat untuk datang menjenguk cawangan yang baru dibuka. Ini kerana, kebanyakan Ibubapa kanak-kanak ingin berjumpa dengan pengurus dan guru tadika untuk bertanyakan tentangt prestasi anak mereka dan juga perkembangan tadika tempat anak mereka belajar. Bagaimanakah kita untuk memenuhi segala kehendak ibubapa sedangkan jasad kita berada di cawangan lain??. Sebagai langkah penyelesaian, beliau hanya membuka satu premis tadika dan bersebelahannya Taska dan pusat kecemerlangan. 


       Banyak tips yang kami dapat untuk menjadi pengurus yang baik serta tips-tips modal untuk permulaan dalam proses pembukaan premis. InsyaAllah ia akan berguna suatu hari nanti. tapi, kami akan mulakan sedikit sebanyak, bermula dari hari ini. Gaya mereka bukan sebagai seorang guru sahaja, bahkan sebagai seorang guru. Sehinggakan kami sentiasa teringat-ingatkan mereka walaupun dah berpijak di bumi yang nyata. Bumi UPSI.

"Bukan senang untuk senang, Bukan susah untuk senang. Menjadi seorang pengurus, banyak memerlukan kesabaran dan ketabahan dengan kerenah pelanggan ( ibubapa ) yang mana mereka hanya mahukan yang terbaik dari premis kita. Cubalah untuk menerima segala teguran, nasihat daripada seseorang dalam menaikkan prestasi premis kita sendiri. kadang-kadang, sesuatu teguran itu bukanlah untuk menjatuhkan kita, tetapi kadang-kadang boleh melonjakkan kita ke tahap yang teratas". Pesanan Pn. Zainab - pengurus tadika nur Gemilang. 


"kalau boleh, datang lah bawak ole-ole untuk kalian isikan kepada anak-anak didik di tadika kami " - pesanan Pn.Siti Rohaidah - pengurus tadika Cerdik Terbilang

Disini, ana kongsikan sedikit tipa untuk memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya :

* setiap organisasi seharusnya sentiasa menilai perkhidmatan yang diberikan
* dapatkan maklumbalas daripada pelanggan untuk memudahkan kerja-kerja penggubahsuaian atau membuat sebarang perubahan dalam perkhidmatan yang diberikan - jangan dok syok sendiri .. :)
* tumpukan kepada pelanggan kehendahi dan perlukan. Bantulah mereka mendapatkan yang terbaik untuk mereka dan pastikan mereka senang hati dengan keadaan itu.





 sekitar kawasan-kawasan premis tadika




~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

No comments: