.:: Pengenalan Diri ::.

Thursday, 17 May 2012

7 - Pemasaran Bermula

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Seperti biasa, permulaan kitabah dengan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

        Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar bumi Allah ini. Juga syukur kerana masih diberi ruang untuk kami sama-sama meneruskan sesi perniagaan / pembelajaran dalam kursus pengurusan ini. Alhamdulillah.
       
       Entry sebelum ini ada menyentuh dan menceritakan serba sedikit tentang pelan binaan "Apple Intellegent Center" . Bertuah rasanya diri ini dianugerahkan sahabat-sahabat sekumpulan yang memahami dan sangat sporting dalam pembuatan premis ini. Orang kata, xlengkap sekiranya kita hanya memberitahu seseorang tentang sesuatu, tetapi hanya dengan menunjukkan pelan bangunan sahaja tanpa meng'war-war'kan kepada media massa dan sebagainya. Tak kenal maka tak cinta kan!!!!. Maka, pada entry kali ini, ana dengan bangganya ingin berkongsikan sedikit tentang strategi-strategi pemasaran yang telah kumpulan kami gunakan dalam meluaskan empayar perniagaan kami ke seantero dunia. Kami telah menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan Pamplet, Brosur, Banner, Flyers, Poster dan yang paling famous adalah Laman Web iaitu laman sesawang Facebook.  Cuba anda fikir sejenak, kenapa kami memilih lama sesawang facebook bukannya friendster, myspace, tagged dan seangkatan dengannya??. Fikir, fikir dan fikir... Ini kerana, majoriti rakyat malaysia memiliki laman sesawang facebook. Kanak-kanak pun sudah memiliki facebook. Nak berniaga pun dah menggunakan kaedah online dengan facebook.   Share maklumat pun dalam facebook. Belajar pun dengan facebook. Nak chit-chat pun dengan facebook. Nak berhubung dengan orang "luar" pun dengan facebook. :). Jarang sangat9999 kita dengar seseorang itu tidak memiliki akaun facebook. Jadi, kami tidak melepaskan peluang yang terbuka luas ini untuk terus menggunakan akaun facebook supaya masyarakat lebih senang untuk merujuk, bertanyakan tentang "Apple Intellegent Centre ini".

       Antara item yang kami tekankan di dalam pelan-pelan pengiklanan kami adalah berkaitan dengan nama pusat kecemerlangan kami, alamat tempat lokasi, nombor telefon untuk memudahkan orang awam menghubungi, email, web sites juga terdapat peta Apple Intellegent Centre", Visi dan misi juga dimuatkan bertujuan untuk lebih meyakinkan masyarakat untuk menghantar anak mereka ke "Apple Intellegent Centre". Ianya berwarna-warni bertujuan untuk menarik perhatian umum. Dalam pelan pengiklanan ini juga, kami menawarkan promosi dan perkhidmatan yang berpatutan dengan menggunakan makumat-maklumat yang mudah difahami oleh semua masyarakat. 

       Sebenarnya, dalam pembuatan poster ni, terlebih dahulu, madam telah memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada kami tentang poster-poster untuk dijadikan contoh. Antaranya adalah { Raha International School }, { Mumbai, India }, { NewPath Learning },
Childhood and Inclusive Education }, dan banyak lagi ( just click untuk tengok lebih lanjut yer )... Pilih punya pilih, tengok punya tengok, teliti punya teliti, lastly, keluarlah hasilnya untuk poster bagi "Apple Intellegent Centre". Ana berharap agar poster ini dapat membantu sahabat-sahabat dan masyarakat dalam mengenali serba sedikit tentang "Apple Intellegent Centre". InsyaAllah, perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan semua tidak kira peringkat umur dan latar belakang kehidupan.


** ni merupakan 1 contoh poster yang telah kami hasilkan.. cantik x?? model tu adalah salah seorang daripada ahi group kami sendiri.. :) ** 



~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

Tuesday, 15 May 2012

6 - Apple Intellegent Center

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

          PERHATIAN!!!! PERHATIAN!!!! Siapa tak kenal "Apple Intellegent Center"??? Tak kenal lagi ke? Ya la.. Baru dalam proses pembukaan kan.. Ok. Jadi, ana nak perkenalkan serba sedikit tentang susun bina "Apple Intellegent Center" ni. Perhati elok-elok yer. Nanti senang nak cari. Apple Intellegent Center ni merupakan bangunan dua tingkat yang memuatkan Tadika, Taska dan Pusat Jagaan. Ana kongsikan sedikit gambar-gambar berkenaan dengan Apple Intellegent Center. ( Kena sebut berkali-kali supaya ianya menjadi realiti ) .. 




1 )
2 )





  
 
 3 & 4 


1* pandangan atas premis
2 * bersama pereka fesyen khas... ops salah plak, arkitek kami laa
3 & 4 * pandangan sisi premis dan pandangan atas bersama bumbungnya... nampak cam apa ya???



~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~

5 - Bermula Projek Kami

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Awal kalam ASSALAMUALAIKUM .. 

        Setelah penat lelah bertungkus lumus mencari nama yang sesuai untuk Pusat Kecemerlangan kami, akhirnya salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang sememangnya berotak ligat dan otai iaitu Nur Syafiqa, beliau telah memilih nama "APPLE INTELLEGENT CENTER"  untuk premis kami. Waaa... dengan sebulat suara, kami mempersetujui nama tersebut.. Memang Intellegent lah kanak-kanak di tadika kami ini.. Insya Allah dan Alhamdulillah. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, Nur Syafiqa lah yang bertungkus lumus dalam aktiviti ini memandangkan beliau adalah setiausaha tadika kami.... Tak dilupakan juga dibantu oleh kami seahli kumpulan...


Antara misi dan visi pusat kecemerlangan kami adalah :


Visi
  • Sesebuah perniagaan yang dijalankan mempunyai misi dan visi yang tersendiri dalam menjadikan perniagaan itu berkualiti dan mempunyai standard yang telah ditetapkan.
  • Visi Apple Intelligent Centre:
  • Melahirkan kanak-kanak yang berkualiti dari segi pendidikan dan nilai moral yang tinggi dalam masyarakat bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Misi Apple Intelligent Centre:
  1. ·  kurikulum yang digunakan selaras dengan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan) dan PERMATA yang membolehkan kanak-kanak memperolehi asas dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran yang positif dalam persediaan untuk ke sekolah rendah. Secara khususnya, matlamat pendidikan tadika adalah untuk membina kemahiran kanak-kanak dalam aspek-aspek berikut.
  2. ·     komponen kemahiran sosial memberi tumpuan kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan alam sekitar dan persekitarannya, pembangunan konsep kendiri yang positif, disiplin, tanggungjawab sosial dan sikap yang positif terhadap pembelajaran.
  3. ·   komponen kemahiran intelek menekankan kepada persekitaran fizikal iaitu konsep nombor, huruf dan prasyarat untuk menulis, membaca dan kecekapan bahasa.
  4. ·   komponen kemahiran fizikal memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti fizikal yang melibatkan penyelarasan pelbagai bahagian badan seperti kepala, tangan, kaki, mata dan jari.
  5. ·   komponen kemahiran rohani menekankan penerapan mulia dan kepercayaan kepada Tuhan.
  6. ·     aspek-aspek estetik dapat melatih kanak-kanak untuk menyatakan diri mereka atau apa yang mereka rasakan dengan tangan yang disampaikan melalui ciptaan, lukisan, muzik dan pergerakan. 



           Seperti yang kita maklum, setiap premis tadika yang dibuka mestilah mempunyai polisi-polisi yang tersendiri untuk menjaga kebajikan anak-anaknya. Bagi pusat kecemerlangan "Apple Intellegent Center" , ia mempunyai polisi-polisi yang tersendiri. Premis ini menggunakan gabungan kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standart Pra Sekolah Kebangsaan ( KSPK ) . sebenarnya, premis kami ini menyediakan perkhidmatan tadika, taska dan pusat jagaan. ini kerana untuk memudahkan ibubapa yang tergolong dari golongan yang pelbagai latar belakang kerjanya. Kami bukan hanya menumpukan kepada ibubapa dari golongan pendidik sahaja. Premis ini dibuka pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Pusat Kecemerlangan ini menerima kanak-kanak yang berumur dari 0-6 tahun. Sebagai Pusat Kecemerlangan yang menyediakan pendidikan dari 0-6 tahun, kami menggunakan kurikulum PERMATA dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Polisi Am
  • ·  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menggunakan bahasa Inggeris sebagai   bahasa uta\ma tetapi masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib yang perlu digunakan
  • ·   Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran di Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” adalah tidak kurang daripada 3 jam sehari dan 5 hari seminggu
  • ·     Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menyediakan persekitaran yang baik, selesa, menarik dan berkualiti
  • ·    Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menyediakan ruang yang cukup dan selesa serta menarik di setiap sudut
  • ·     Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menyediakan persekitaran yang kondusif iaitu bersih, selamat dan baik
  • ·     Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menyediakan aktiviti atau program luar untuk kanak-kanak
  • ·    Sebarang cadangan atau idea hendaklah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada pengusaha dan Guru Besar


Polisi untuk ibu bapa
  • 1. Ibu bapa hendaklah mendaftar anak mereka dengan mengisi dan mengesahkan dua salinan borang pendaftaran. Borang pendaftaran mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau kerani Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” . Ibu bapa juga boleh mendaftar anak mereka secara online.
  • 2. Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan atau dilaksanakan oleh  Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre”
  • 3.  Ibu bapa hendaklah terlibat dan menyertai Persatuan Ibu bapa dan Guru (Parents & Teachers Associated) seperti aktiviti mesyuarat
  • 4. Ibu bapa hendaklah memaklumkan setiap masalah yang dihadapi oleh anak mereka seperti masalah alergik kepada pengusaha dan guru
  • 5. Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak “Apple Intelligent Centre” menggalakkan ibu bapa dalam memberikan sebarang cadangan atau pendapat dan juga bekerjasama dengan guru
  • 6.  Ibu bapa digalakkan untuk membawa bantal dan tilam untuk anak mereka yang berada di pusat jagaan dan taska




~IlMu TaNpA aMAl IbArAt PoKoK tAnPa BuAh~